
WANITA ACUAN AL-QURAN
Wanita acuan Al-Quran
Ialah seorang wanita yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada ALLAH
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar melawan nafsu
Wanita acuan Al-Quran
Ialah wanita yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak takbur dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan
Dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang
Wanita Acuan Al-Quran
Ialah wanita yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak-anak mendalami Islam sebagai ad-Deen
Yang mengamalkan hidup dengan penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat…
Wanita Acuan Al-Quran
Sentiasa bersedia untuk agamanya
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran
Dan mencontohi sifat Fatimah Az-Zahra
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya dengan penuh kesyukuran
Denga Rahmat ALLAH ke atasnya…
Wanita Acuan AL-Quran
Tidak pernah membazirkan masa
Matanya layu kerana penat mengalunkan ayat Al-Quran dan berdzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangun subuhnya dengan penuh kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan
Wanita Acuan Al-Quran
Sentiasa mengingati mati
Yang baginya dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
Wanita Acuan Al-Quran
Ialah wanita yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana ia mengimpikan syurga
Disitulah rumah impiannya
Dialah Wanita Acuan Al-Quran