<bgsound loop='infinite' src='music.mp3'></bgsound>

Tuesday, March 29, 2011

"TAUBAT" == tidak mengulangi kesilapan lalu (kate seorang non-muslim )
mr.s : tahu tak apa maksod taubat..??
zainal terkedu bile dintanye soklan demikian kepadanya...dengan malu2 die menggaru2 kepala sambil menggeleng.
mr.s : "TAUBAT " == insaf n xkn ulangi kesilapan lalu.

dri peristiwe 2...alangkah malu nye kte umat islam sendri x dpt memberi definisi "TAUBAT" itu td...tp non-muslim yg lbeh mngetahui...malu3...ditanye kpd mr.S mcm mne die leh tahu maksod TAUBAT...die menjawab die memahami maksod taubat melalui lagu nyanyian wali band "taubat". pd mule nye mr.S mengatekan die pelik bile mule2 mendengar perkataan tu. mr.S pelik kenapa orang melayu(islam) selalu sebut perkataan itu.lalu die terdengar lagu tersebut "taubat" dan cube mendalami lagu tersebut untuk memahami maksud taubat itu sendiri. dan mr.S selalu memberikan nasihat tidak kire siapa dan apa bangsa orang tersebut agar sentiasa bertaubat (menyesali kesilapan , perbetulkan dan tidak mengulangi nya).

same2 la kita renung2 kn...kenapa non-muslim mengambil berat sesuatu yang sepatotnye umat islam sendri yg perlu menitik beratkannya.







Head speaking icon

Sunday, March 27, 2011

Belajar Syukur daripada Buah Tembikai ~

Belajar Syukur daripada Buah Tembikai ~

Seorang lelaki soleh pulang ke rumah membawa sebiji tembikai. Tembikai yg dibelinya di pasar itu diserahkan kepada isterinya untuk dibelah. Sebaik sahaja tembikai itu dibelah, isteri orang soleh itu segera merasanya.

Didapatinya rasa tembikai itu sangat tawar. Apa lagi, keluarlah rungutan dari mulut si isteri disebabkan tembikai yang tawar itu.

Melihat keadaan isterinya yang tidak habis-habis merungut, orang soleh itu pun berkata, “ Saya yang membeli tembikai itu di pasar”.

“Ya saya tahu,” jawab isterinya.

“Pada pendapat awak, ketika saya membeli tembikai di pasar tadi...apakah saya ingin tembikai yang manis atau yang tawar?”

“Tentu awak hendak yang manis”, jawab isterinya.

“Ketika penjual buah-buahan di pasar menjual tembikai itu tadi, adakah dia ingin mejual tembikai yang manis atau yang tawar?” tanya orang soleh itu lagi.

“Tentu sahaja dia hendak menjual tembikai yang manis”.

Orang yang soleh itu berhenti sejenak. Kemudian dia bertanya lagi. “Ketika peraih buah tembikai itu menjual hasil tanamannya kepada penjual di pasar itu, apakah dia hendak penjual tembikai yang manis atau yang tawar?”

“Tembikai yang manis, tentunya.”

“Ketika pekebun menanam pokok tembikainya dahulu, apakah dia inginkan buah yang manis atau buah yang tawar?” pertanyaan orang soleh itu mula meleret-leret.

“Tentu yang manis.”

“Ketika awak membelah buah tembikai sebentar tadi, adakah awak inginkan buah yang manis atau yang tawar?”

“Saya inginkan yang manis..Kenapa dengan semua pertanyaan ini?” soal isteri.

Orang yang soleh itu tersenyum lalu berkata. “Kenapa semua inginkan buah yang manis, sebaliknya pula yang berlaku. Buah tembikai itu tawarrasanya!”

Isteri orang soleh itu terdiam.

Marahkan siapa?

“Jadi, ketika awak marah-marah tentang rasa tembikai yang tawar, awak sebenarnya marahkan siapa? Bukankah semua orang inginkan buah yang manis. Tetapi kuasa Allahyang memutuskan buah itu tawar rasanya. Jadi awak marahkan siapa? Marahkan saya yang membeli atau awak yang membelah, atau pekedai yang menjual atau penanam yang menanam? Atau Allah yang menentukan rasa tawar itu?”

Salah satu daripada adab makan adalah jangan mengecam makanan sekalipun makanan itu tidak sedap. Jika tidak suka, tinggalkan sahaja. Daripada cerita di atas, kita faham bahawa rezeki kita semua ditentukan oleh Allah s.w.t. Jika kita mengecamnya, ramai orang yang akan terasa hati.

Mungkin emak atau isteri kita yang memasak,ayah kita yang membeli atau diri kita yang merasanya. Dan lebih-lebih lagi tanpa kita sedari, kita seolah-olah ‘mengecam’ allah yang mengurniakan rezeki itu untuk kita.

Iktibar daripada cerita orang soleh dengan tembikai adalah, kita mesti belajar bersyukur.Jika kita tidak syukur dengan yang sedikit, mana mungkin kita akan syukur dengan yang banyak? Demikian, Nabi Muhammad SAW pernah mengingatkan!

Sunday, March 20, 2011

DoA yang terbaik

sakit merupakan satu ujian buat hambaNYA...
tanda DIA merindui kita...^_^
moga diberi kekuatan....
mohon doa kalian...^_^

Saturday, March 19, 2011

Pasrah Segalanya - De Hearty



SEGALA YANG KITA LAKUKAN DI MUKA BUMI INI HANYA UNTUKNYA...
biar kita sepi sendirian tanpa insan disisi...
tidak sepi dari ILLAHI...
kerna manusia tidak akan pernah mengerti apa yg tersirat di hati...

DIA tempat kita berkongsi isi hati...
tempat kita mencoret diari...
kerna manusia sering mencaci...

biar kita hanya berharap pada ILLAHI..
bukan pada insani...
kerna manusia penuh dengan hasad dengki...

*ALLAH SEGALA_GALANYA ^_^